Oleh Asmat Fikri
26 Mac 2021, 23:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, meminta rakyat di negeri ini tidak gusar untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 ketika berpuasa pada bulan Ramadan dan mengingatkan rakyat agar menerima saranan pihak kerajaan dengan mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera dan SeLangkah, serta cara lain bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Jelasnya lagi seperti yang digariskan dalam inti pati khutbah Jumaat di seluruh Selangor pada hari ini bahawa perkara itu telah diperhalusi dan dibincangkan untuk menetapkan hukum keharusannya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-118, pada 16 hingga 17 Februari 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, pada 9 Mac 2021.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut memanjatkan doa agar rakyat di Selangor terus dirahmati dan dilindungi daripada segala bentuk ancaman serta penularan wabak COVID-19.

“Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang bersabar ketika menempuh segala penyakit yang menimpa, berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu untuk memerangi COVID-19 demi keselamatan diri serta masyarakat,” titahnya.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.