Oleh Aninah Janang
4 Jun 2021, 18:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan menerusi kenyataan media pada hari ini bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis), mulai pukul 10.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah seperti yang berikut:

i. Secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau

ii. Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi, pada  10 Jun 2021 hingga pukul 6.00 petang, pada 17 Jun 2021.

Sementara itu, bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian Internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan. Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian Internet pula, pihak jabatan pendidikan negeri atau pejabat pendidikan daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.