Oleh Aninah Janang
21 Jun 2021, 16:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Lebih daripada 1500 orang warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) berjaya memanfaatkan tempoh bekerja dari rumah (BDR) dengan mengikuti taklimat integriti yang disampaikan oleh Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO) yang berlangsung pada hari ini.

Program yang diadakan secara dalam talian itu membuktikan bahawa pandemik COVID-19 yang melanda negara bukanlah alasan kepada ahli ACeIO untuk tidak meneruskan usaha pembudayaan integriti dalam masyarakat. Pendekatan secara lebih berstrategik dengan penyesuaian mengikut kebiasaan baharu dan norma baharu terus diterokai dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan pengurusan integriti.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Abdul Latif Abdul Kadir.

Selain warga kerja JKDRM, ACeIO juga menyediakan program taklimat bersiri secara dalam talian dengan warga kerja Mahkamah Persekutuan Malaysia. Taklimat ini diadakan mengikut zon dan disertai oleh semua lapisan warga termasuklah hakim, majistret dan pendaftar mahkamah.

 

Oleh itu, ACeIO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Sri Abdul Latif Abdul Kadir atas sokongan serta penyediaan platform program interaktif ini untuk dijayakan bersama-sama ACeIO.

ACeIO juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang membuka ruang untuk perkongsian paparan integriti menerusi JendelaDBP.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.