Oleh Syaza Wardina
28 Jun 2021, 13:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bhubaneswar – Kalinga Institute of Social Sciences (KISS) yang berpangkalan di Odisha, India, telah menganjurkan konvokesyen pertamanya untuk para mahasiswa yang lulus, pada 27 Jun 2021. Majlis tersebut diadakan secara hibrid – fizikal dan maya – dengan mengambil kira protokol semasa pandemik COVID-19.

Sebanyak 143 orang mahasiswa dianugerahkan ijazah kerana berjaya menamatkan kursus ijazah sarjana dan sarjana falsafah mereka. Pada majlis tersebut, siswazah yang paling cemerlang dan berbakat telah dianugerahkan Pingat Emas Pengasas, Pingat Emas Canselor dan Pingat Perak Naib Canselor.

Profesor (Dr.) Achyuta Samanta, Pengasas KISS.

Pengasas KISS, Profesor (Dr.) Achyuta Samanta berkata, “pada majlis bersejarah ini, saya mengucapkan terima kasih dengan tulus ikhlas kepada semua pihak atas sokongan padu yang diberikan. Saya ingin menyampaikan rasa terima kasih saya kepada pengirim ucap selamat KISS atas cinta, kasih sayang dan kepercayaan mereka terhadap perjuangan kami.”

Tambah beliau, “dengan pertumbuhan institut ini, saya sentiasa bercita-cita untuk mendapatkan status universiti untuk KISS bagi meningkatkan kredibilitinya sebagai sebuah institusi yang komited dalam melakukan penyelidikan kajian kesukuan oleh cendekiawan suku.”

Berdasarkan rekod yang cemerlang, KISS telah menjadi Disifatkan sebagai Universiti (Deemed to be University) eksklusif yang pertama bagi suku kaum di dunia pada tahun 2017 – status yang diberikan oleh kementerian yang sebelum ini dikenali sebagai Pembangunan Sumber Manusia, Kerajaan India.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.