Oleh Syaza Wardina
30 Jun 2021, 15:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Tuan Ismajuri Ismail

Putrajaya – “Kebenaran berkerja dari rumah (BDR) bukan tiket untuk bercuti dan melupakan tugas rasmi di pejabat.” Demikian menurut Pengarah Kecemerlangan dan Profesionalisme Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Ismajuri Ismail, yang mengingatkan semua pihak khususnya ketua jabatan untuk sentiasa memantau dan memastikan warga kerja mematuhi pekeliling dan arahan yang berkuatkuasa berhubung dengan BDR. Beliau yang juga seorang Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) turut mengingatkan semua pihak khususnya CeIO untuk sentiasa menjaga integriti diri dan organisasi dalam setiap tindak tanduk harian.

Ir. Jeffryl Azniel Adzar

Menurut Pengerusi Perhubungan Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) Negeri Perak yang juga merupakan seorang ketua jabatan di Ipoh, Perak, Ir. Jeffryl Azniel Adzar, beliau akan memastikan kakitangannya yang BDR untuk melaporkan diri secara harian kepadanya. Perkara ini dilakukan melalui aplikasi dalam talian atau melalui telefon. Kedudukan semasa kakitangan pada waktu BDR juga turut dilaporkan dari semasa ke semasa melalui perkongsian lokasi semasa.

Siti Nazirah Borhan

Siti Nazirah Borhan, seorang kakitangan pejabat di Putrajaya mengalu-alukan pemantauan dan penyeliaan berterusan yang dilaksanakan oleh ketua jabatannya semasa beliau BDR. Selain memastikan pematuhan kepada peraturan BDR, beliau juga dapat berkongsi serta melaporkan status pelaksanaan tugas yang dilakukan kepada ketua jabatannya setiap kali dihubungi. Biarpun mengakui agak kurang selesa menyiapkan tugasan secara BDR, tetapi beliau akur kepentingan untuk menamatkan pandemik yang melanda negara ketika ini perlu diutamakan. Sehubungan dengan itu, beliau berpesan kepada semua warga kerja yang BDR untuk bersama-sama mematuhi sepenuhnya peraturan dan menggunakan masa BDR sepenuhnya untuk tugasan rasmi sahaja.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.