4 Julai 2021, 19:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan pada 3 Julai 2021 berkaitan dengan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN, sekolah dibenarkan beroperasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, tetapi terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja. MKN juga memberikan kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah kepada guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.

Walau bagaimanapun, KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media pada 6 Jun 2021. Hal ini bermakna, sesi PdP bagi murid kelas peperiksaan di Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan  bermula  pada  16  Julai  2021  bagi  negeri  Kumpulan  A  dan 17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.

Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya yang dijadualkan pada 25 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 26 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B akan dibuat oleh KPM sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik!

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.