Oleh Syaza Wardina
22 Julai 2021, 18:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, mengucapkan “Selamat Maju Jaya” kepada kontinjen Malaysia yang akan berjuang dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Dalam ucapan yang disampaikan menerusi satu hantaran Facebook, beliau turut menzahirkan penghargaan buat warga pendidik dan jurulatih yang berjaya melahirkan barisan atlet di negara ini.

Beliau berkata, “Saya difahamkan 18 atlet daripada 30 orang ahli kontinjen kita merupakan lepasan Sekolah Sukan Malaysia. Syabas buat warga pendidik dan jurulatih yang berjaya memupuk dan membentuk barisan atlet negara!”

“Semoga ini dijadikan inspirasi buat semua pelajar Sekolah Sukan Malaysia kini,” ujarnya.

Menerusi hantaran tersebut, beliau turut mendoakan kesihatan, keselamatan dan kekuatan buat atlet Malaysia agar mereka dapat memberikan prestasi yang terbaik.

Olimpik Tokyo 2020 akan memperlihatkan perjuangan atlet Malaysia dalam acara akuatik, badminton, basikal, gimnastik, golf, memanah, menembak, olahraga dan pelayaran.

“Selamat berjuang, wira dan wirawati negara! Semoga kejayaan milik Malaysia,” ujar Radzi.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.