Oleh SN Fathirah
25 Julai 2021, 22:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tokyo – Perenang wanita negara, Phee Jinq En mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter (m) kuak dada pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Atlet berusia 23 tahun dari Subang Jaya, Selangor ini berjaya mencatat masa satu minit 08.40 saat (s) untuk menduduki tempat kedua peringkat saringan dua yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun.


Catatan itu sememangnya satu pencapaian yang amat membanggakan buat Jinq En yang baru menamatkan pengajiannya di Universiti Purdue di Indiana, Amerika Syarikat pada tahun ini. Catatan 1:08:40s itu berjaya memecahkan rekod lama 100m kuak dada kebangsaan, iaitu 1:08.50s yang dilakukan Jinq En sewaktu memenangi pingat emas pada Sukan SEA Manila 2019.

Walau bagaimanapun, Jinq En terlepas peluang untuk menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik untuk melangkah ke separuh akhir 100m kuak dada apabila menghuni tangga ke-29 daripada keseluruhan 47 orang perenang. Begitu pun, pujian seharusnya diberikan  kepada Jinq En kerana catatan itu jauh lebih bagus berbanding dengan prestasi yang ditunjukkannya ketika  Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi