Oleh Syaza Wardina
6 Ogos 2021, 15:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran menyerahkan surat tawaran pemangkuan jawatan  kepada Haji Md. Johari Hasan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Haji Abd. Halim Harun dan Dato’  Padilah Ali.

Kuala Lumpur – Mesyuarat Khas Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Bil. 2/2021 meluluskan Tuan Haji Md. Johari Hasan memangku jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, berkuat kuasa pada hari ini. Beliau menggantikan Dato’ Hajah Padilah Haji Ali yang bersara wajib pada 5 Ogos 2021.

Haji Md. Johari sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP. Beliau telah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka selama lebih dari 27 tahun, bermula pada 1 November 1993. Dalam tempoh perkhidmatan beliau di DBP, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera (2019 – 2020) dan menerajui beberapa bahagian penting di DBP, antaranya Bahagian Promosi dan Pengiktirafan (2018 – 2019; 2012 – 2016), Bahagian Peristilahan dan Leksikologi (2016 – 2018), Bahagian Perkamusan (2016), Bahagian Penguatkuasaan (2010 – 2012) dan Bahagian Dasar Bahasa (2008 – 2010).

DBP meletakkan sepenuh keyakinan terhadap Haji Md. Johari untuk menggalas tanggungjawab sebagai antara barisan kepimpinan utama DBP dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi DBP dalam memartabatkan bahasa, sastera dan penerbitan negara. Tahniah diucapkan kepada Haji Md. Johari Hasan.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.