Oleh Syaza Wardina
11 September 2021, 17:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Rombongan Menteri Kanan Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Datuk Dr. Radzi Jidin tiba di Kuching, Sarawak pada pagi ini untuk sesi libat urus pengoperasian sekolah bersama-sama guru besar dan pengetua sekolah di negeri Sarawak.

Selain itu, YB Datuk Dr. Radzi Jidin dan rombongan KPM turut menjalankan sesi libat urus bersama-sama Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak yang dihadiri oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, YB Sim Kui Hian dan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, YB Dr. Annuar Rapa’ee.

Menerusi hantaran di media sosial, YB Dr. Radzi berkata, “input dan pandangan daripada sesi ini dapat membantu KPM dalam memuktamadkan pelan komprehensif pengoperasian sekolah termasuklah negeri Sarawak yang berada pada Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).”

Dalam pada itu, rombongan KPM berkesempatan melawat pusat pemberian vaksin bagi murid yang berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Kuching.

YB Datuk Dr. Radzi Jidin di pusat pemberian vaksin di SMK Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

 

YB Datuk Dr. Radzi Jidin meninjau pemberian vaksin kepada murid berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun di SMK Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Rombongan KPM ke Sarawak turut disertai oleh Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid dan wakil Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Puan Juraida Umat@Bidin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.