19 September 2021, 12:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan media pada hari ini memaklumkan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda bagi murid yang berumur antara empat (4) hingga enam (6) tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Hal ini berikutan KPM mendapati masih terdapat kekeliruan berkaitan dengan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda bagi murid yang berumur antara empat (4) hingga enam (6) tahun tersebut. Menurut KPM,

 … semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi murid yang berumur antara empat (4) hingga enam (6) tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 telah dibenarkan beroperasi mulai 17 September 2021 untuk anak-anak yang ibu bapa atau penjaga mereka bekerja.

Tambah KPM lagi, pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang telah ditetapkan. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.