Oleh Syaza Wardina
20 September 2021, 11:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Sebanyak 323 orang murid berusia 16 dan 17 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) menjadi kumpulan pertama yang menerima vaksin menerusi tendang mula (kick-off) Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja pada pagi ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin, PICK Remaja merupakan program vaksinasi untuk kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

“Proses vaksinasi pada pagi ini berlangsung dengan teratur dan tersusun. Murid perlu mendaftar, diambil suhu badan, diikuti dengan sesi kaunseling dan persetujuan sebelum dibenarkan menerima suntikan vaksin,” ujar beliau selepas melakukan lawatan bersama-sama Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin di SMK Putrajaya Presint 8 (1). Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan 1 yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

Tambah beliau, “Kementerian Pendidikan Malaysia akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan CITF bagi membantu pendaftaran murid sekolah untuk tujuan vaksinasi serta mengenal pasti sekolah untuk dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) kepada murid sekolah. KPM turut membantu dalam menyediakan petugas dan keperluan logistik bagi tujuan ini.”

“Kerjasama strategik KPM dengan KKM ini pastinya dapat mempercepat pelaksanaan vaksinasi kepada murid sekolah,” kata YB Datuk Dr. Radzi menerusi hantaran di Facebook beliau.

KPM komited melakukan yang terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.