Oleh Syaza Wardina
7 Oktober 2021, 15:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke tingkatan satu dan empat Sekolah Khusus.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, KPM menjelaskan bahawa Sekolah Khusus ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) mulai tahun 2021.

KPM turut memaklumkan, untuk kemasukan ke tingkatan satu dan empat Sekolah Khusus tahun 2022, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di sini (tingkatan satu) dan di sini (tingkatan empat), bermula pada 10 Oktober 2021 hingga 15 November 2021. Permohonan ini melibatkan SBP (tingkatan satu dan tingkatan empat); SMKA (tingkatan satu dan tingkatan empat); SMT (tingkatan empat); KV (tahun satu KV); dan MTD (tingkatan empat).

“Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi tingkatan satu dan  tingkatan empat secara dalam talian mulai 1 Disember 2021. Pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi tingkatan satu dan 7 Februari 2022 hingga 17 Februari 2022 bagi tingkatan empat,” tambah KPM.

Menurut KPM lagi, “komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20 peratus), kecerdasan intelektual (70 peratus) dan artikulasi penulisan (10 peratus). Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.”

Yang berikut merupakan syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus:

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.