Oleh Ritah Yahaya
17 Oktober 2021, 23:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Labuan  Program Media Engagement, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia bersempena dengan Kempen Kembali ke Sekolah meninjau persediaan pembukaan sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru esok. Turut meninjau program ini ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusuf Mohamad.

Yusuf Mohamad menunjukkan sabun dan paip air yang disediakan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru.

Keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan di Labuan dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin setelah Labuan menjadi satu daripada Wilayah Persekutuan dan negeri  yang beralih ke Fasa 4 PPN. Pembukaan sekolah dalam Fasa 4 PPN Peringkat Ketiga Sekolah Rendah di Labuan mensyaratkan semua murid hadir secara bersemuka dengan penggiliran, dan semua  murid prasekolah hadir secara bersemuka.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, Mohammad Farihi Abdul Halim (duduk) menunjukkan jarak fizikal murid di dalam bilik PdP.

Guru Besar SK Tanjung Aru, Mohammad Farihi Abdul Halim menjelaskan pihak sekolah sudah membuat persediaan rapi berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 KPM dengan memastikan kawasan dan bangunan sekolah, termasuklah bilik PdP dibersihkan dan dalam keadaan selamat untuk beroperasi. Hal ini termasuklah penyediaan pelan perancangan susun atur bilik PdP yang sesuai dan berfungsi dengan baik untuk PdP dengan mengambil kira penjarakan fizikal murid dan warga sekolah. Tanda penjarakan fizikal dan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala, poster dan bahan bercetak langkah kebersihan dan keselamatan, sabun dan tong sampah tertutup diletakkan di bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP), kantin, bilik guru dan pejabat.

Meja murid ditampalkan pelekat arahan kebersihan dan keselamatan.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi