Oleh Syaza Wardina
18 Oktober 2021, 13:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Hari ini merupakan hari pertama murid prasekolah di Lembah Klang hadir ke sekolah dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dengan guru.

Pembukaan semula sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat ini selaras dengan ketetapan yang diumumkan oleh kerajaan mengenai peralihan kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) ke fasa tiga berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 1 Oktober lalu, sebelum pengumuman peralihan ketiga-tiga kawasan tersebut ke fasa empat PPN yang bermula pada hari ini.

Dalam kesempatan itu, sidang editor e-Dewan Masyarakat membuat tinjauan suasana pengoperasian semula sekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang melibatkan kehadiran murid prasekolah dan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah tersebut.

Murid prasekolah SK Seksyen 7 perlu membuat pendaftaran dan saringan suhu sebelum memasuki kelas.
Pematuhan SOP serta amalan penjagaan kebersihan diri antara perkara yang paling dititikberatkan dalam pembukaan semula sekolah secara bersemuka.
Murid prasekolah SK Seksyen 7 kelihatan gembira pada hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka dengan guru.

 

 

 

Suasana PdP bagi murid PPKI SK Seksyen 7.

Wawancara e-Dewan Masyarakat bersama-sama guru Sejarah tahun enam SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Asliza Omar.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi