Oleh Syaza Wardina
8 November 2021, 20:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media pada hari ini menyatakan bahawa KPM merujuk pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan pada 5 November 2021 berkaitan dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah yang berkuatkuasa pada 8 November 2021.

Sehubungan dengan itu, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM akan mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat PPN yang akan bermula pada 21 November 2021 bagi negeri Kedah dan 22 November 2021 bagi negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Menurut KPM, “Hal ini akan melibatkan kehadiran murid tahun satu hingga tahun enam di sekolah rendah serta kelas peralihan dan tingkatan satu hingga tingkatan empat di sekolah menengah.”

KPM turut menjelaskan bahawa institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

KPM juga menyarankan ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuklah institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi