Oleh Syaza Wardina
15 November 2021, 15:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini memaklumkan bahawa sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).

“Bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya), sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022,” tambah KPM.

Jelas KPM, “Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.”

KPM turut menyatakan, “Sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 dan kalendar akademik sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM mulai hari Isnin, 15 November 2021.”

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi