16 November 2021, 11:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Timbalan Menteri Pendidikan 1, YBhg. Dato’ Dr. Mah Hang Soon berbesar hati dengan penghargaan yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terhadapnya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Bingkai Gambar baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato’ merakamkan rasa terharu beliau kerana Majalah Dewan Masyarakat merupakan salah satu bahan bacaan utama beliau untuk memperbaiki penguasaan bahasa kebangsaan Malaysia, iaitu bahasa Melayu.

Saya tidak menyangka saya akan menjadi penghias kulit depan kerana Majalah Dewan Masyarakat menjadi majalah kebanggaan saya sewaktu di bangku sekolah.

YBhg. Dato’ Mah berpandangan bahawa DBP telah menjalankan tugas memperkasakan bahasa kebangsaan melalui buku-buku dan majalah keluarannya. Bahan bacaan yang berkualiti dari segi tatabahasa membantu penguasaan bahasa Melayu yang tepat dan betul penggunaannya.

Beliau juga berharap agar kisah yang dikongsikan dalam Majalah Dewan Masyarakat Bil. 11/2021 dapat memberikan inspirasi kepada pembaca, khususnya murid dan ibu bapa. Dengan menanamkan minat suka membaca sudah pasti dapat membantu menambah baik penguasaan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.