Oleh Mubarak Ismail
18 November 2021, 09:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan medianya memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) tahun 2021 akan dilaksanakan pada Februari dan Mac tahun 2022.

Selaras dengan pengumuman Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 pada 15 November 2021, KPM turut menyediakan jadual waktu peperiksaan/ujian SPM, STAM dan UPBA seperti dalam Lampiran 1 hingga 4. Senarai lampiran adalah seperti yang berikut:

a) Lampiran 1:

Jadual Waktu Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Mendengar Bahasa Melayu, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Inggeris dan Ujian Amali Sains Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021.

b) Lampiran 2:

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2021.

c) Lampiran 3:

Jadual Waktu Peperiksaan STAM Tahun 2021.

d) Lampiran 4:

Jadual Waktu UPBA Tahun 2021.

Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my mulai 17 November 2021.

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi.

Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 3.0 yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.