23 November 2021, 16:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Penularan kenyataan di portal media bertarikh 21 November 2021 bertajuk “Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid” adalah tidak benar.

KPM tidak pernah mengeluarkan jadual yang bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman yang Dilarang” seperti yang tular di media sosial.

KPM menegaskan bahawa tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh KPM adalah seperti yang berikut:

  • Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959;
  • Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran;
  • SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah;
  • SPI Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin;
  • SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid; dan
  • SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.

Sehubungan dengan itu, KPM memohon perkara ini diberikan perhatian dan semua pihak yang terlibat mengguna pakai tatacara yang digariskan.

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.