27 November 2021, 21:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Berikutan sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh YB Menteri Kesihatan bertarikh 26 November 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik saranan berkaitan dengan saringan bergilir COVID-19 kepada murid sekolah rendah.

Menurut kenyataan sidang media, KPM akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran selaras dengan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan.

Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 disediakan kepada murid sekolah rendah untuk memastikan ujian saringan dapat dilaksanakan seperti tatacara pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0

KPM akan mengeluarkan surat pemakluman berkenaan dengan pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah yang perlu dilaksanakan pada setiap rabu, pada hari persekolahan.

KPM juga menyarankan ketetapan ini turut terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.