8 Disember 2021, 14:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gambar tular di media sosial yang bertajuk “Di sebuah sekolah, guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar” hanyalah demonstrasi ujian calitan hidung yang melibatkan empat orang guru dan empat orang murid yang dibimbing oleh dua orang Jururawat Masyarakat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan siasatan ke atas gambar yang tular di media sosial melibatkan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan di sebuah sekolah di Pahang. Secara keseluruhannya, seramai 16 orang murid juga telah dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian air liur.

KPM menegaskan, pengurusan ujian kendiri COVID-19 bagi murid sekolah KPM dilaksanakan mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

Pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM. Malah pelaksanaan ujian kendiri ini dibuat oleh murid dengan pemantauan guru.

KPM pada 28 November 2021 telah mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi murid sekolah rendah yang dibuat secara penggiliran bagi sekurang-kurangnya 10 peratus murid.

“Penggunaan kit ujian secara calitan hidung tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November 2021. Semua sekolah bawah KPM perlu akur dan hanya menggunakan kit ujian air liur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.