9 Disember 2021, 17:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi menasihatkan pempengaruh media sosial untuk tidak menjadikan golongan OKU sebagai isu atau bahan untuk dipersendakan.

Kuala Lumpur – YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Presiden OKU Sentral menyelar tindakan dua individu yang merakam perbuatan mereka menggunakan parkir khas Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah pusat beli belah.

Menurut beliau, tindakan mereka yang berpura-pura menjadi OKU dan menggunakan kemudahan khas parkir telah mempersendakan golongan istimewa terbabit.

Laporan polis tetap akan dibuat terhadap individu yang mempersendakan golongan OKU, walaupun mereka sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kelakuan individu yang tular di media sosial berpura-pura menjadi OKU untuk mendapatkan parkir.

“Menghina OKU bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Kami mempunyai perasaan, kehendak dan maruah, jadi perkara sebegini harus dihentikan,” katanya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers, Brickfield, Kuala Lumpur.

Dua orang pemuda yang tular apabila mereka merakam aksi perbuatan mereka menggunakan parkir khas OKU mendapat kecaman orang ramai. Walau bagaimanapun, pemuda itu telah membuat permohonan maaf menerusi satu video klip.

Bukan itu sahaja, turut tular dua individu wanita yang menggunakan tandas khas  golongan OKU di sebuah stesen minyak  mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada Presiden OKU Sentral ini.

“Laporan polis itu bertujuan menghalang insiden menghina OKU terus berlaku dalam kalangan masyarakat, dan sekali gus menjadikan masyarakat lebih prihatin terhadap golongan istimewa berkenaan,” tambah beliau lagi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.