27 Disember 2021, 12:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100 peratus secara sekali beri (one-off) pada bulan Disember kepada 72 ribu pengguna yang terjejas disebabkan bencana banjir.

Keputusan ini dibuat setelah mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri, sekali gus menunjukkan persetujuan antara kerajaan dalam usaha menyantuni mangsa banjir.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian rebat di negeri  yang terlibat dengan banjir meliputi peruntukan kecemasan sebanyak RM9 juta.

Menurut  Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din, baru-baru ini TNB juga telah mengumumkan peruntukan RM40 juta bagi tujuan kerja-kerja pemulihan, di samping RM2 juta lagi dalam bentuk bantuan kewangan melalui Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP).

Langkah sedemikian dapat mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik dan menjamin kebajikan semua mangsa yang terlibat. Kini, lebih daripada 30 peratus daripada 2110 aset bekalan elektrik TNB telah berjaya dipulihkan semula.

Setakat ini, lebih daripada 2000 warga kerja TNB di seluruh semenanjung berusaha memulihkan semula bekalan dan membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi dalam proses pemulihan aset bekalan TNB, termasuklah pencawang elektrik, kabel dan tiang elektrik yang terjejas akibat bencana tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.