29 Disember 2021, 08:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Bantuan kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan dilakukan secara berperingkat dan mengikut penggiliran.

Seramai hampir 5000 anggota perkhidmatan awam akan digerakkan dalam usaha misi bantuan pascabanjir pada kali ini secara berperingkat dan mengikut penggiliran masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, inisiatif ini merupakan rentetan daripada kenyataan media oleh Ketua Setiausaha Negara supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyelaras pembahagian kawasan terjejas banjir kepada kementerian, serta menyelaras usaha mobiliti pegawai Perkhidmatan Awam, khususnya untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan.

Selaras dengan keputusan tersebut, pegawai di agensi masing-masing diarahkan membantu melaksanakan tugas-tugas pascabanjir berdasarkan kawasan yang ditetapkan oleh kementerian dan arahan ini berkuat kuasa serta-merta.

Menurut beliau, inisiatif ini dilaksana mengikut kawasan yang terjejas teruk bagi tempoh tertentu bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

Berdasarkan surat edaran yang dikeluarkan oleh JPA pada hari ini, pegawai-pegawai yang terlibat dengan arahan mobilisasi dianggap menjalankan tugas rasmi.

Sebelum ini, gerak kerja membantu mangsa-mangsa banjir telah pun dilaksanakan di peringkat kementerian, jabatan dan agensi di kawasan yang terjejas dan perkara ini masih diteruskan, namun usaha kali ini lebih menfokuskan kepada penumpuan yang lebih menyeluruh dan bersasar.

Mobilisasi anggota perkhidmatan awam merupakan inisiatif serta tanggungjawab sosial penjawat awam bersama-sama rakyat selari dengan semangat “Keluarga Malaysia”.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.