Oleh Aisyah A.
4 Januari 2022, 14:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Indeks Perdagangan Luar Negeri (2010=100) bagi bulan November 2021 melaporkan indeks nilai seunit eksport dan import bulanan negara meningkatkan, iaitu 1.3 peratus dan 1.0 peratus masing-masing.

Laporan ini memaparkan statistik bagi indeks nilai seunit dan indeks volum mengikut seksyen bagi aktiviti eskport dan import barangan.

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan indeks nilai seunit eksport tersebut disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian (+5.4 peratus), minyak, lemak binatang dan sayur-sayuran (+1.1 peratus), serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (+0.4 peratus).

Manakala, indeks volum eksport didapati menyusut sebanyak 3.2 peratus pada November 2021 kerana kejatuhan indeks barang-barang keluaran kilang (-12.1 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-4.7 peratus), serta minyak galian (-3.5 peratus).

Namun begitu, indeks volum eksport pelarasan bermusim meningkat sebanyak 6.3 peratus daripada 152.6 mata kepada 162.2 mata dan kedua-dua indeks nilai seunit dan volum eksport menunjukkan pertumbuhan positif berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu 16.8 peratus dan 13.5 peratus masing-masing.

Selain itu, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir turut mengumumkan bahawa indeks nilai seunit import meningkat sebanyak 1.0 peratus pada November 2021, rentetan kenaikan indeks bagi minyak dan lemak binatang, serta sayur-sayuran (+10.3 peratus), minyak galian (+4.5 peratus), serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (+0.4 peratus).

Sementara itu, indeks volum import turut menunjukkan peningkatan sebanyak 4.8 peratus kerana kenaikan indeks barang-barang keluaran kilang (+12.6 peratus), bahan kimia (+12.4 peratus) dan alat jentera serta kelengkapan pengangkutan (+4.4 peratus).

Indeks volum import pelarasan bermusim pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus daripada 159.5 mata kepada 168.7 mata setakat November 2021 dan kedua-dua indeks nilai seunit dan volum import telah meningkat, iaitu masing-masing sebanyak 8.7 peratus dan 27.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tambahan lagi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga melaporkan bahawa terma perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 0.3 peratus dari bulan ke bulan sebanyak 107.0 mata pada bulan November 2021 yang turut mengekalkan prestasi Malaysia pada 7.5 peratus daripada 99.6 mata.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.