Oleh Mubarak Ismail
4 Januari 2022, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa status institusi pendidikan KPM yang terkesan dengan banjir sehingga 3 Januari 2022 adalah seperti berikut:

i) 18 institusi pendidikan yang melibatkan 16 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah masih dinaiki air.

(ii) 87 institusi pendidikan masih dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

(iii) 8 institusi pendidikan yang terjejas akibat banjir dan belum bersedia untuk beroperasi.

Berdasarkan kenyataan media KPM bertarikh 24 Disember 2021, tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3, 2021/2022 adalah pada 9 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 10 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B. Namun demikian, bagi institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas akibat banjir seperti di Lampiran 1, Lampiran 2 dan Lampiran 3, pengoperasian hanya akan bermula setelah institusi pendidikan terlibat sedia untuk beroperasi.

KPM akan terus memantau dan mengemas kini senarai institusi pendidikan yang dilanda banjir atau yang dijadikan sebagai PPS pada setiap hari Rabu. Perubahan senarai yang dikeluarkan oleh KPM adalah tertakluk kepada situasi semasa bencana banjir. Justeru, mungkin terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan institusi pada setiap minggu. Senarai ini boleh diakses melalui laman sesawang KPM https://www.moe.gov.my/.

Bagi institusi pendidikan yang telah selesai dibersihkan dan bersedia untuk kembali beroperasi, pengoperasian institusi pendidikan ini akan bermula pada hari Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya.

Institusi pendidikan bawah KPM adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru dan terpakai kepada sekolah swasta yang berdaftar bawah KPM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.