9 Januari 2022, 14:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kantin dan premis dalam sekolah di seluruh negara selama enam bulan bermula bulan ini hingga Jun 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, “Pengecualian sewaan kantin bagi tempoh enam bulan ini termasuklah penyewa kedai buku dan alat tulis, koperasi, kedai dobi, mesin minuman layan diri (vending machine) yang melibatkan premis di sekolah bawah KPM.”

(Sumber foto: Mohd Azam Juhari)

YB Datuk Dr. Radzi Jidin mengatakan bahawa langkah ini bakal memanfaatkan lebih daripada 10 000 pengusaha dan penyewa kantin, di samping meringankan beban kewangan mereka.

Jelas KPM dalam kenyataan media pada hari ini, Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kepada pengusaha kantin sekolah.

Antara inisiatif bantuan yang disalurkan adalah seperti berikut:

  • Bantuan RM1500 kepada pengusaha kantin sekolah bawah KPM pada tahun 2020;
  • Pengecualian pembayaran sewaan kantin sekolah bawah KPM bagi bulan Mac 2020 hingga November 2020;
  • Bantuan RM1000 kepada pengusaha kantin sekolah melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada tahun 2021;
  • Pengecualian pembayaran sewaan kantin sekolah bawah KPM bagi Januari 2021 hingga Disember 2021; dan
  • Penyambungan kontrak sewaan kantin secara automatik untuk tempoh satu tahun bagi kontrak asal yang tamat pada tahun 2021 dan 2022.

Mengulas lebih lanjut selepas membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra, KPM turut menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai cabaran terpaksa di hadapi oleh pengusaha terbabit sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.