Oleh Lim San Shien
11 Januari 2022, 12:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya (UM) menganjurkan Karnival Pemimpin Muda UM pada 9 Januari 2022 yang merupakan aktiviti utama (flagship activity) peringkat antarabangsa dan dilaksanakan secara dalam talian.

Antara objektif Karnival Pemimpin Muda UM termasuklah memberikan ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk mengembangkan daya kepimpinan mereka, menyediakan platform kepada semua mahasiswa dan belia untuk berkongsi idea dan buah fikiran dengan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis aktiviti karnival, melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah, memperoleh peluang untuk mengenali para pemimpin belia dari pelbagai negara dan universiti serta mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli-ahli persatuan.

Presiden Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya, Lim San Shien berucap merasmikan majlis karnival.

Terdapat pelbagai acara menarik yang dianjurkan dalam karnival ini seperti sesi sukan dan senam aerobik dalam talian, sesi suai kenal, perhimpunan agung pemimpin belia antarabangsa, sesi persembahan dan debat.

Karnival ini disertai oleh para pemimpin belia dan pelajar varsiti dari pelbagai negara seperti Singapura, Jepun, China, Thailand, Indonesia dan banyak lagi sehingga mencecah 300 penyertaan. Selain itu, beberapa buah universiti awam dan swasta tempatan turut menyertai karnival ini. Antaranya termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Monash University dan banyak lagi.

Secara keseluruhannya, Karnival Pemimpin Muda UM berjaya mencapai kesemua objektif yang ditetapkan dan membuahkan hasil yang cukup positif dan memberangsangkan. Semua peserta dapat memperoleh manfaat secara optimum pada hujung minggu di samping mempelajari cara-cara untuk mempraktikkan gaya hidup yang seimbang. Melalui penyertaan dalam karnival ini, semua peserta dapat memperoleh ilmu pengetahuan, pendedahan dan pengalaman yang berharga untuk menjadi seorang pemimpin yang holistik.

Sesi bergambar bersama para peserta.

Persatuan Pemimpin Muda UM bertekad akan terus menganjurkan lebih banyak aktiviti pada masa akan datang demi menyantuni masyarakat dan berkhidmat untuk negara.

Untuk keterangan lanjut berkenaan program anjuran Persatuan Pemimpin Muda UM, sila layari media sosial persatuan seperti yang berikut:

UM  Young  Leaders

IG- @umyoungleaders

FB- UM Young Leaders

Twitter- @umyoungleaders

YouTube: UM Young Leaders

LinkedIn: University of Malaya Young Leaders

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.