26 Januari 2022, 21:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Trafik perlahan di Jambatan Pulau Pinang dari Pulau ke Perai sekitar pukul 5.47 petang tadi.

Petaling Jaya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan pertambahan jumlah trafik daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta buah kenderaan sehari bermula pada 28 Januari 2022 hingga 6 Februari 2022, berikutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Rentetan itu, PLUS mengambil inisiatif mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan sebagai rujukan dan panduan untuk merancang perjalanan dengan baik, terutamanya bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang.

Pengguna jalan raya yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor disarankan supaya memasuki lebuh raya sebelum pukul 10.00 pagi, manakala mereka yang menuju ke negeri lain disarankan untuk memasuki lebuh raya selepas pukul 1.00 tengah hari.

Cadangan waktu perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Dalam sidang media yang dikeluarkan pihak PLUS, Datuk Zakaria Ahmad, Ketua Pegawai Operasi PLUS berpesan agar orang ramai perlu merancang perjalanan terlebih dahulu dengan berpandukan TTA untuk mengurangkan perkumpulan jumlah kenderaan yang terlampau banyak pada satu-satu masa.

“Orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan, terutamanya ketika berhenti di kawasan rehat (R&R) dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya.”

Selain itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan agar memandu dengan berhemah dan berhati-hati lebih-lebih lagi ketika hujan. Rehat yang mencukupi juga sangat penting sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan hal yang tidak diingini, di samping memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet RFID Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.

Orang ramai disarankan untuk mengikuti Twitter PLUSTrafik dan Chatbot PUTRI, serta aplikasi Waze ataupun GoogleMap bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan trafik.

Mengulas lebih lanjut, pengguna juga boleh melihat visual trafik terkini menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV) di aplikasi PLUS.

Pihak PLUS sentiasa komited dan bersiap siaga dalam apa-apa jua keadaan untuk memberikan bantuan segera kepada pengguna lebuh raya.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi di talian 24 jam PLUS menerusi  PLUSLine 1800 88 0000.

Sumber foto: PLUS

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.