9 Februari 2022, 16:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Dos penggalak COVID-19 dilaporkan dapat mengurangkan kadar keberjangkitan wabak COVID-19.

Kuala Lumpur – Dianggarkan lebih daripada 53.9 peratus, iaitu sebanyak 12 616 238 rakyat Malaysia (dewasa) sudah menerima dos penggalak COVID-19, setakat semalam.

Merujuk laman portal COVIDNOW, 98 peratus individu dewasa, iaitu sebanyak 22 931 979 orang telah lengkap divaksinasi, manakala 99.2 peratus atau 23 207 389 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, jumlah yang telah lengkap divaksin adalah sebanyak 2 792 830 orang (88.7 peratus), manakala 2 870 546 orang (91.2 peratus) lagi telah menerima satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian, sejumlah 152 358 dos vaksin telah digunakan dengan meliputi 10 471 bagi dos pertama, 1506 bagi dos kedua, manakala 140 381 dos ketiga menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebanyak 64 264 073 dos.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, melalui hantaran di laman Facebooknya, mencatatkan kadar keberjangkitan (Ro/Rt) COVID-19 negara berdasarkan kes harian ialah 1.39.

Sarawak mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 1.68, diikuti Perlis (1.65), Sabah (1.59), Labuan (1.51) dan Terengganu (1.40).

Menurut portal Github Kementerian Kesihatan, sebanyak 13 kematian direkodkan akibat COVID-19 pada hari semalam, iaitu tiga kematian di Selangor, masing-masing dua kes di Kelantan, Perak dan Sabah, manakala Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur, masing-masing merekodkan satu kematian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.