10 Februari 2022, 11:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sulawesi Tenggara – Indonesia memang cukup terkenal sebagai bangsa yang cinta akan sejarah dan seni budaya. Indonesia juga antara negara yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 ternyata telah menjejaskan kebanyakan sektor pelancongan di serata dunia, termasuklah negara yang memiliki sejuta keistimewaan ini.

Seluruh muka bumi Indonesia tersedia dengan lokasi yang menakjubkan untuk dihidangkan dengan pelbagai kisah dan ceritera yang terakam dalam pelbagai bentuk media. Sama ada dalam bentuk bahan bercetak seperti buku, majalah, akhbar, tabloid. risalah, zine dan yang terkini menerusi pelantar digital dan media sosial, terus sahaja bahan-bahan ini dapat dikongsikan kepada pembacanya. Rakaman yang terpenting tentang khazanah Indonesia ini sudah pastilah melalui akhbar-akhbar dan pelbagai media lainnya sejak dahulu sehingga kini.

Semalam, bersamaan dengan 9 Februari telah dipilih sebagai Hari Pers Nasional Indonesia bersempena dengan hari penubuhan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI). Selaras dengan peristiwa ini, Presiden Suharto telah menetapkan Hari Pers Nasional 2022 yang berlaku pada tahun 1985.

Dalam ucapan perasmiannya, Encik Joko Widodo, Presiden Indonesia merakamkan ucapan penghargaan pemerintah Indonesia kepada seluruh warga media Indonesia. Warga media Indonesia adalah kelompok yang penting sejak mula lagi akhbar dan bidang media berkembang pesat di Indonesia. Prihatin dengan cabaran mendepani pandemik COVID-19 ketika ini, beliau berharap warga media akan terus berjuang dalam menghasilkan bahan berita bermutu kepada seluruh rakyat Indonesia dan warga media Indonesia dilindungi oleh undang-undang sebagai jaminan keselamatan dan keamanan dalam mereka menunaikan tanggungjawab yang semakin mencabar ketika ini.

Sektor media mesti terus hidup untuk terus mendukung aspirasi pemerintah Indonesia untuk membangunkan dan memajukan Indonesia.

Selaku Presiden, beliau berharap agar seluruh rakyat Indonesia bangkit untuk memajukan diri serta seluruh komuniti agar seiring dengan pemerintah menemukan penyelesaian, untuk Indonesia segera keluar daripada konflik yang telah melumpuhkan banyak sektor ekonomi ini.

Gandingan rakyat, media dan pemerintah sudah pasti akan dapat memperkuatkan Indonesia kembali dan seterusnya rakyat akan mendapat manfaatnya.

Sejarah akhbar di Indonesia yang bermula pada tahun 1774 semasa penjajahan Belanda dan berkembang pesat ketika pengaruh Inggeris bermula tahun 1811, sebenarnya mempunyai hubungan yang unik dengan sejarah akhbar di Singapura dan Tanah Melayu. Negara serumpun ini lalu dihubungkan dengan semangat negara bangsa yang ingin bebas dan merdeka sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan barisan kepimpinan utama pemerintah Indonesia dan pentadbir pertubuhan media Indonesia, serta duta-duta negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.