28 Februari 2022, 15:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan bermula pada hari Rabu ini, 2 Mac hingga 29 Mac 2022.

Menurut KPM, seramai 407 097 calon akan menduduki ujian bertulis ini di 3382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Pengoperasian peperiksaan akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Susulan daripada itu, seramai 50 514 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Semua calon hendaklah merujuk jadual waktu ujian bertulis peperiksaan SPM 2021 bagi mengetahui tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” nasihat LP kepada semua calon SPM dalam kenyataan pada pagi tadi.

“Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM, serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Tambah KPM, semua calon diingatkan untuk membawa dokumen penting, seperti kad pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Mengulas lebih lanjut, KPM menegaskan peraturan dan ketetapan ini adalah untuk memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.