Oleh Mubarak Ismail
2 Mac 2022, 14:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – “Kerjasama berterusan dan erat antara McDonald’s Malaysia dengan kerajaan negeri Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) amat dialu-alukan dan seharusnya diteruskan lagi pada masa hadapan demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan golongan yang susah,” titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam sewaktu menghadiri majlis santapan malam McDonald’s Malaysia bersama MAIPs dan UniMAP yang didiadakan di Kuala Perlis.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Dato’ Azmir Jaafar.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan pelbagai program komuniti bagi masyarakat setempat dan setiap tahun dianggarkan lebih 7000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dilaksanakan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan Ronald McDonald House Charity (RMHC) yang melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara termasuklah sumbangan zakat.

Sesuai dengan kebiasaan baharu, sumbangan McDonald’s Malaysia kepada masyarakat tetap diteruskan dan lebih satu setengah juta pek makanan telah disumbangkan kepada golongan barisan hadapan yang berada di seluruh negara sehingga kini. Pada tahun 2020 sahaja, RM250 ribu telah disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pembelian peralatan perlindungan peribadi atau PPE,” ujar YBhg. Dato’ Azmir Jaafar.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mufti Perlis, YBhg. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Naib Canselor UniMAP, YBhg. Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Perhubungan Kerajaannya, YBhg. Datuk Seri Mohammed Nasir Rakhir.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.