Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi kali kedua (PIITRAM 2022) dianjurkan secara maya bermula pada 2 hingga 8 Mac oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai tuan rumah pada tahun ini.

PIITRAM merupakan program tahunan peringkat kebangsaan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam anjuran Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam dengan temanya Engaging through Innovation, Empower the Future.

Penyertaan dalam program ini tidak terhad kepada pelajar, ahli akademik dan warga pengurusan daripada 12 buah pusat asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), malahan terbuka kepada warga daripada 17 buah kolej matrikulasi di seluruh Malaysia.  Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan oleh Lt. Jen Datuk Hasagaya Abdullah Naib Canselor, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Seterusnya, ucapan Perasmian PIITRAM 2022 oleh Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Kejayaan penganjuran PIITRAM kali pertama diadakan pada Mac 2021 telah memberikan isyarat jelas bahawa penganjuran seterusnya amat dinantikan sebagai wadah pengembangan idea dan pembangunan jati diri pelajar yang berada pada peringkat prauniversiti. UPNM telah diberikan amanah bagi penganjuran PIITRAM bagi tahun 2022.

Melalui PIITRAM 2022, pelajar khas berpeluang untuk mengetengahkan pelbagai cetusan inovasi melibatkan bidang STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dan sains sosial yang bersifat semasa dan berteraskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

Program ini diharapkan agar dapat membentuk pelajar dengan corak pemikiran penyelesaian masalah yang lebih bersedia, terutamanya dalam berdepan dengan cabaran COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. Di samping itu, PIITRAM 2022 juga membuka ruang kepada warga akademik dan pengurusan pusat asasi untuk mengetengahkan hasil inovasi mereka dalam usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan akademik.

Sebanyak 288 kumpulan dari universiti awam dan matrikulasi di seluruh Malaysia akan menyertai pertandingan ini. Pertandingan PIITRAM 2022 boleh diikuti secara langsung pada 2 hingga 4 Mac 2022 dan Majlis Penutup pada 8 Mac 2022 secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom dan media sosial Facebook yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.


Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Pakar Psikologi Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Felow Kluster Wanita dan Masyarakat Majlis Profesor Negara.

Rabi’ahtuladawyah Md. Saleh, Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.