Oleh Rosmani Omar
5 Mac 2022, 23:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk tempoh tujuh tahun lagi. Watikah pelantikan tersebut dipersembahkan kepada Tuanku Raja Muda oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YM Raja Dato’ Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor UniMAP, Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli bagi mewakili Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Bilik Canselor, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra pada hari ini.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima watikah pelantikan sebagai Canselor UniMAP.

Pelantikan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Canselor UniMAP adalah untuk tempoh berkuat kuasa mulai 13 Disember 2021 hingga 12 Disember 2028. Pada 20 Disember 2021 yang lalu, perisytiharan pelantikan tersebut telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra mula dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Canselor Pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada 1 September 2003. Kolej universiti tersebut kemudiannya dijenamakan semula sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sehinggalah ke hari ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.