8 Mac 2022, 22:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro-Canselor berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen 15 UniMAP di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra pada petang semalam.

DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil semasa berangkat menyempurnakan Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen 15 UniMAP.

Menerusi sidang tersebut, sebanyak 236 orang graduan menerima anugerah ljazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan) daripada Tuanku Pro-Canselor.

Graduan menerima anugerah ijazah daripada Tuanku Pro-Canselor.

Dalam majlis tersebut, Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli yang turut hadir bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Md Farishzan Ismail memaklumkan bahawa:

Sehingga kini, UniMAP melahirkan seramai 31 510 alumni justeru Pusat Perhubungan Alumni UniMAP ditubuhkan pada 2020 sekali gus membuktikan inisiatif pihak universiti untuk memberikan fokus terhadap alumni dan memastikan hubungan antara universiti dengan alumni dapat terus diperkasakan untuk pelbagai manfaat’.

Tambah beliau lagi, selepas tamat pengajian, mereka tidak lagi bergelar sebagai pelajar UniMAP. Walaupun demikian, hal tidak bermakna mereka tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan UniMAP tetapi mereka akan diteruskan sebagai seorang alumni.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.