Oleh Mubarak Ismail
9 Mac 2022, 17:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putera – Istiadat Konvokesyen ke-15 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putera selama empat hari bermula 5 Mac 2022 melabuhkan tirainya pada petang semalam dengan sidang ke-8 dan terakhir disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro-Canselor UniMAP.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bergambar bersama-sama para penerima anugerah.

Dalam majlis ini, seramai 281 orang graduan menerima anugerah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) bagi Sistem Elektronik, Reka bentuk Telekomunikasi Elektronik, Reka bentuk Rangkaian Elektronik dan Flektronik Bersepadu serta Diploma Kejuruteraan bagi jurusan Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Mikroelektronik dan Kejuruteraan Komputer.

“Sebanyak lapan sidang diistiadatkan bagi menyampaikan ijazah kepada 2763 orang siswazah termasuklah 107 siswazah antarabangsa. UniMAP turut menganugerahkan empat Anugerah Khas, iaitu Anugerah Pelajaran Diraja, Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Naib Canselor dan Anugerah Kecemerlangan Akademik Program Siswazah selain penerima Ijazah Kehormat dalam sidang pertama,” ujar Naib Canselor, Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor turut menyampaikan anugerah Ijazah Doktor Falsafah kepada 60 orang siswazah dan anugerah Ijazah Sarjana kepada 117 orang siswazah pada sidang yang pertama.

Sehingga hari ini, sebanyak 98.3 peratus graduan UniMAP telah berjaya mmendapat pekerjaan sama ada dalam sektor swasta, kerajaan atau bekerja sendiri seperti menjalankan perniagaan. Selain itu, ada juga yang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di samping meningkatkan kemahiran diri.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.