17 Mac 2022, 17:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
KPM memberikan kelonggaran dengan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah diadakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Putrajaya – Bermula Isnin ini, aktiviti sukan dan kokurikulum di kawasan sekolah adalah dibenarkan.

Menteri Kanan-Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, “Kita ingin memberikan peluang kepada murid dan guru untuk membiasakan diri mereka dengan fasa transisi hidup bersama virus COVID-19 sebelum beralih ke fasa endemik.”

Selain itu, penganjuran aktiviti, pertandingan atau kejohanan sukan dan kokurikulum juga dibenarkan, namun pelaksanaannya terhad pada kawasan sekolah dan hanya melibatkan warga sekolah berkenaan.

Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di PICC dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Radzi.

Menurut YB Datuk Dr. Radzi semasa sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi, setiap guru, jurulatih ataupun pengajar yang terlibat dalam aktiviti secara bersemuka ini hendaklah lengkap divaksin, manakala pelaksanaan aktiviti dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“KPM berhak membatalkan sebarang penganjuran atau penyertaan dalam aktiviti atau pertandingan sukan dan kokurikulum sekiranya didapati penganjur tidak mengikut ketetapan,” tegas YB Datuk Dr. Radzi bagi memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum mematuhi garis panduan Annex Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Susulan daripada itu, KPM telah melaksanakan beberapa penambahbaikan pada tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. Hal ini demikian dikatakan termasuklah membenarkan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah.

Mengulas lebih lanjut berkaitan dengan ketetapan SOP ini, KPM menyarankan agar pelaksanaan garis panduan ini turut diguna pakai oleh semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuklah institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.