24 Mac 2022, 14:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
MATRADE optimis setiap usaha yang dilaburkan dalam mempromosikan hubungan perniagaan antara Malaysia dengan Turki untuk membuka pintu kepada pasaran yang lebih luas.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melancarkan  e-Galeri di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Instanbul dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

E-Galeri ialah platform yang mengandungi pengenalan dan sambungan syarikat Malaysia dari beberapa sektor seperti industri halal dan barangan pengguna, produk getah, bahan binaan dan alat ganti dan komponen automotif.

Secara umunya, pelawat hanya perlu mengimbas kod QR sektor yang mereka minati dan mengakses butiran syarikat dan produk melalui sambungan kepada syarikat Malaysia dengan satu klik sahaja. Inisiatif ini memberi peluang sambungan antara perniagaan-ke-perniagaan (B2B), menghapuskan jarak dalam beberapa minit sahaja.

Dikendalikan oleh Malaysia Airports, iaitu kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi bilangan penumpang yang dikendalikan, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen dipilih sebagai satu daripada pelaburan terbesar Malaysia di Turki.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Turki, Sazali Mustafa Kamal,

Kekuatan sektor awam dan swasta dapat merangsang aktiviti perniagaan dan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat, iaitu Malaysia dan Turki.

Hal ini juga akan mempercepatkan lagi momentum pertumbuhan hubungan ekonomi yang membawa impak besar kepada komuniti perniagaan dari kedua-dua pihak.

Sementara itu, Pengarah MATRADE Instanbul, Rosmizah Mat Juzoh mengatakan bahawa walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19, perdagangan Malaysia dan Turki telah mencatatkan prestasi tahunan tertinggi pada tahun 2021 dan berharap dapat meneruskan peningkatan positif pada tahun ini.

“MATRADE komited untuk memudahkan syarikat daripada kedua-dua negara mengembangkan lagi jangkauan pasaran mereka dan menggalakkan perkongsian strategik untuk peluang yang lebih besar pada peringkat global,” katanya.

Hubungan perdagangan dua hala pada tahun lepas menunjukkan bahawa banyak syarikat di Malaysia telah mengembangkan perniagaan mereka di Turki.

Bermula kedai perkakasan di Malaysia pada tahun 2015, MR DIY kini mempunyai lebih daripada 1700 kedai di seluruh Asia Pasifik termasuk di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Indonesia. Turki merupakan negara kesembilan syarikat itu beroperasi.

Oleh itu, e-Galeri akan berfungsi sebagai satu lagi platform untuk merapatkan kawasan perniagaan yang berpotensi luas untuk Malaysia dan Turki.

MATRADE optimis setiap usaha yang dilaburkan dalam mempromosikan hubungan perniagaan antara Malaysia dengan Turki untuk membuka pintu kepada pasaran yang lebih luas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.