Oleh Yusaida Yusof
27 Mac 2022, 19:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bachok  Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, yang juga merangkap Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telah berkenan berangkat untuk menyantuni 150 orang asnaf melalui Program Kayuhan Komuniti di tiga lokasi berasingan pada pagi ini.

Para peserta Program Kayuhan Komuniti mula berlepas dari ruang legar Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK pada pukul 10.45 pagi yang diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Para peserta Program Kayuhan Komuniti sebelum berlepas di lokasi yang ditetapkan.

Rombongan tersebut kemudiannya berhenti di lokasi pertama, iaitu di Masjid Mukim Neman. Lokasi seterusnya ialah Masjid Mukim Kuala Melawi dan Masjid Mukim Repek. Penyerahan sumbangan dilakukan secara ringkas dan tidak mengambil masa yang lama kerana para peserta kayuhan tersebut perlu tiba di lokasi mengikut masa yang ditetapkan.

Dalam program tersebut, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menyampaikan sumbangan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) kepada wakil asnaf yang mewakili 50 orang asnaf terpilih bagi setiap satu-satu masjid yang terlibat. Selain asnaf, DBP turut menyumbang buku kepada pihak masjid yang berupa Mushaf al-Quran dan set buku Bulugh al-Maram.

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada wakil asnaf.
Tengku Temenggong, Ketua Pengarah DBP
YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah DBP menyampaikan sumbangan kepada wakil asnaf.

Antara tetamu kehormat yang turut serta dalam Program Kayuhan Komuniti termasuklah YBrs. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMK dan YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah DBP.

Program Kayuhan Komuniti mendapat sokongan pelbagai pihak.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.