Oleh Rosmani Omar
4 April 2022, 23:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah menghadap pengenalan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu yang berkuat kuasa pada 30 Mac 2022 baru-baru ini, iaitu YBhg. Dato’ Seri Haji Hasnol Zam Zam Ahmad di Balai Menghadap Biru Istana Arau pada petang tadi.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

YBhg. Dat0′ Seri Haji Hasnol Zam Zam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perancangan Bandar dari Universiti Utah, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Perancangan Bandar dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun sejak menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1992.

YBhg. Dat0′ Seri Haji Hasnol Zam Zam, 55 tahun memiliki kelayakan dan pengalaman luas dalam pelbagai bidang dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Raja Perlis turut menitah nasihat kepada YBhg. Dat0′ Seri Hasnol Zam Zam agar dapat memimpin pentadbiran perkhidmatan awam di negeri tersebut dan menyempurnakan segala tugasan yang diamanahkan dengan lebih cepat serta efektif, menjauhi budaya rasuah dan berkhidmat dengan penuh semangat dan integriti.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.