18 April 2022, 11:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Mahasiswa daripada kelompok keluarga B40 berkelayakan untuk memohon inisiatif PerantiSiswa di laman portal ini.

Putrajaya – Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bakal memberikan manfaat kepada mahasiswa keluarga B40.

Usaha murni KKMM ini bertujuan untuk membantu mahasiswa daripada kelompok keluarga B40 yang mempunyai purata pendapatan seisi rumah di bawah RM4850 dengan memberikan peranti percuma kepada mereka yang berkelayakan hingga tamat tempoh pengajian.

Program PerantiSiswa ini melibatkan semua mahasiswa dalam kumpulan B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan, ijazah sarjana muda, dari setiap universiti awam (UA), Politeknik, kolej komuniti dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah KPT.

Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan dijangka selesai pada bulan Mei 2022, serta akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.

KKMM dan KPT akan memberikan taklimat khusus kepada pihak IPT untuk kelancaran proses inisiatif ini.

Kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi melaksanakan inisiatif PerantiSiswa sebagai tanda keprihatinan kepada keperluan pembelajaran, terutamanya terhadap kumpulan B40 agar jurang digital dalam semua kelompok Keluarga Malaysia dapat dirapatkan.

Keluarga Malaysia yang berkelayakan boleh mula memohon inisiatif PerantiSiswa bermula 15 April 2022 melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.