Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, YB Datuk Dr. Radzi Jidin menyantuni pengamal media dalam Majlis Ihya Ramadan petang ini bertempat di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), majlis ini merupakan satu daripada platform KPM untuk terus mengeratkan lagi hubungan antara kementerian dengan agensi media.

Selain menghayati nilai murni pada bulan suci Ramadan, majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih daripada pihak KPM atas liputan media menyampaikan dasar kementerian, khususnya berkenaan dengan pengoperasian sekolah dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada era penularan pandemik COVID-19.

Dalam tempoh dua tahun ini, fokus utama KPM adalah tertumpu pada perkara yang berstruktur serta memberikan impak yang besar dalam sistem pendidikan negara.

“Sebagai contoh, KPM mengambil pendekatan menyelesaikan isu kekurangan guru melalui pengambilan guru sekali beri secara besar-besaran, iaitu sebanyak 18 702 orang,” kata YB Datuk Dr. Radzi.

Selain itu, YB Datuk Dr. Radzi turut mengulas isu beg berat dalam kalangan pelajar.

“Isu beg berat ini bukan satu masalah yang baharu, tetapi sudah berlaku sekian lamanya. Antara perkara utama yang dikenal pasti, adalah jumlah mata pelajaran yang banyak dalam satu hari,” ujar beliau.

Oleh itu, KPM mengambil inisiatif untuk mengurangkan mata pelajaran daripada tujuh kepada tiga atau empat subjek sahaja dalam satu hari.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu daripada pelbagai agensi media, antaranya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani, Al Hijrah, Media Prima, The New Straits Times Press (NSTP) dan The Star.

Turut hadir ialah warga KPM dan ketua agensi media.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.