29 April 2022, 08:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjelaskan bahawa suruhanjaya itu mempunyai hak untuk kes jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009, termasuklah siasatan kepada pegawai badan awam.

Seksyen 3 akta tersebut menyatakan,

“Pegawai badan awam” ertinya mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam dan jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu.

Menurut kenyataan SPRM, setelah semua prosedur siasatan lengkap dilaksanakan kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara dikemukakan untuk membuat keputusan sama ada pendakwaan boleh disabitkan kesalahan atau sebaliknya.

Apabila sesuatu laporan atau aduan rasmi, suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk mengesahkan dan menyiasat apa-apa perkara yang terlibat di bawah bidang kuasanya.

Berhubung dengan siasatan terhadap seorang hakim yang tular baru-baru ini, SPRM menerima satu aduan pada 15 Mac 2022 diikuti dengan dua lagi aduan pada 23 dan 27 April 2022.

SPRM telah memiliki rekod menyiasat hakim tersebut dan kertas siasatan berkaitan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk membuat penilaian.

Pada masa yang sama, SPRM  menjelaskan apabila penyiasatan terhadap seseorang individu itu dilakukan, hal ini tidak bermaksud individu itu bersalah.

Orang awam dimohon agar memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk memastikan proses penyiasatan dapat dijalankan mengikut undang-undang seperti ditetapkan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.