29 April 2022, 10:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan semua pengguna lebuh raya PLUS untuk menyemak baki kad Touch ‘n Go (TNG) sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung bersempena musim perayaan yang bakal menjelang.

Pengguna lebuh raya yang mempunyai kad berstatus tidak aktif atau tamat tempoh tidak boleh melepasi plaza tol dan boleh menyebabkan punca kesesakan trafik di plaza tol yang terlibat.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata dalam satu kenyataan,

Kami menasihatkan supaya pelanggan kami yang mempunyai kad Touch ‘n Go tidak aktif atau tamat tempoh untuk segera mendapatkan kad yang baharu daripada peruncit dan ejen jualan sah Touch ‘n Go di seluruh negara.

Selain kad Touch ‘n Go, pengguna lebuh raya boleh menggunakan dan menambah nilai MyKad atau kad kesetiaan Watson yang dilengkapi dengan cip Touch ‘n Go sebagai alternatif lain.

PLUS mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pusat tambah nilai Touch ‘n Go di R&R terpilih, mesin Mesin Teler Automatik (ATM) dan kedai serbaneka di sepanjang lebuh raya PLUS bagi kemudahan pengguna.

Dalam pada itu, PLUS turut menyediakan kemudahan tambah nilai lain termasuklah 67 Kios Layan Diri (SSK) di plaza tol terpilih berserta 22 buah kaunter TNG di stesen minyak terpilih tanpa caj.

Pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PLUS atau layari laman sesawang PLUS untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan kemudahan TNG.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.