15 Mei 2022, 13:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang ke-79, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengadakan program “Wacana Wangsa Jamalullail” pada esok hari di Dewan Auditorium Dr. Syed Mahmood Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri program wacana ini dan sekali gus menyempurnakan Simbolik Pelancaran Garis Panduan Lagu Rasmi Negeri Perlis.

MAIPs menganjurkan program “Wacana Wangsa Jamalullail” sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang ke-79 pada esok hari.

Menurut MAIPs, program akan bermula dengan sesi lagu rasmi negeri Perlis oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia merangkap Ahli Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan para tetamu kenamaan yang datang ke Perlis untuk menghadiri sambutan hari ulang tahun baginda.

Dalam majlis ini, pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan menyampaikan slot kedua yang bertajuk “Pelan Pembangunan Negeri Perlis”.

Bagi slot ketiga pula, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs akan menyampaikan perkongsian berkaitan dengan “Pelan Strategik MAIPs 2021-2025”.

Terdahulu, dalam program berasingan, Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda dijadualkan akan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Golf Keputeraan ke-79 di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis di Sungai Batu Pahat.

Pada 17 Mei 2022 pula akan diadakan “Eksplorasi Berbasikal Santai” yang melibatkan penyertaan tetamu kenamaan dari luar Perlis ke kawasan Kampung Nelayan Warna-warni Program Transformasi Di Raja Seberang Ramai Kuala Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.