Oleh Aninah Janang
21 Mei 2022, 22:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sebagai penzahiran maklum balas ke atas hasrat Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yang mahu melihat bahasa Melayu dimartabatkan di dalam negara dan diperluas penggunaannya pada peringkat ASEAN dan antarabangsa, Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang akan berlangsung esok, iaitu Ahad hingga Selasa (22 Mei  hingga 24 Mei 2022), bertempat di  Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Menurut hantaran menerusi Facebook Pejabat Perdana Menteri, Keluarga Malaysia diundang hadir ke simposium yang buat julung-julung kalinya diadakan yang turut menyaksikan penyertaan dan sokongan daripada pelbagai tokoh bahasa dari serata negara. Yang berikut ialah acara yang akan dijadualkan sepanjang tiga hari simposium tersebut:

(1) Perasmian pembukaan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pada 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, 22 Mei 2022 (Ahad).

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang dijadualkan esok. 

(2) Penyampaian tiga ucap utama:

  • Ucap Utama 1: Martabat Bahasa Kebangsaan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar (Malaysia), pada pukul 9.30 pagi hingga 10.00 pagi, 22 Mei 2022 (Ahad).
  • Ucap Utama 2: Strategi Mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ASEAN oleh Prof. Dr. Khairil Ansari, M.Pd. (Indonesia), pada pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi, 23 Mei 2022 (Isnin).
  • Ucap Utama 3: Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan (Malaysia), pada pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi, 24 Mei 2022 (Selasa).

(3) Pembentangan 60 kertas kerja menerusi 15 sidang:

(i) Sidang 1: Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Abad ke-21, pada pukul 10.00 pagi hingga  11.30 pagi, 22 Mei 2022 (Ahad). Pembentang yang terlibat:

  • Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah (Malaysia)
  • Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim (Malaysia)
  • Prof. Dr. Harun Joko Prayitno (Indonesia)
  • Prof. Dr. Karl Alexandar Adelaar (Australia)
  • Dr. Kamarul Zaman Haji Yusoff (Universiti Utara Malaysia – Moderator)

(ii) Sidang 2: Bahasa Melayu dalam Pelbagai Bidang Pendidikan, pada pukul 11.30 pagi  hingga 1.00 tengah hari, 22 Mei 2022 (Ahad). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff (Malaysia)
  • Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman (Malaysia)
  • Dr. Kang Myoung Sook (Korea Selatan)
  • Dr. Mohamad Zain Musa (Kampuchea)
  • Kol. (B) Prof. Madya Dr. Mohd Zaini Salleh (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia – Moderator)

(iii) Sidang 3: Bahasa Melayu dan Pengukuhan melalui Undang-undang, pada pukul 2.00 petang hingga  3.30 petang, 22 Mei 2022 (Ahad). Pembentang yang terlibat:

  • Tun Abdul Hamid Mohamad (Malaysia)
  • Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz (Malaysia)
  • Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (Malaysia)
  • Prof. Dr. Haji Awang Asbol Haji Mail (Brunei Darussalam)
  • Prof. Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof (Universiti Teknologi Malaysia – Moderator)

(iv) Sidang 4: Bahasa Melayu dan Ekonomi, pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang, 22 Mei 2022 (Ahad). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai (Malaysia)
  • Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul (Malaysia)
  • Prof. Dr. Tan Xiao (China)
  • Haji Yatiman Yusof (Singapura)
  • Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob (Universiti Putra Malaysia – Moderator)

(v) Sidang 5: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Diplomasi, pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang, 22 Mei 2022 (Ahad). Pembentang yang terlibat:

  • Datuk Iskandar Sarudin (Malaysia)
  • Datuk Zainal Abidin Datuk Wira Borhan (Malaysia)
  • Prof. Dr. James T. Collins (Amerika Syarikat)
  • Prof. Madya Dr. Ismaillutfi Japakiya (Thailand)
  • Prof. Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah (Universiti Kebangsaan Malaysia – Moderator)
Pelbagai program telah dan akan berlangsung bersempena dengan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

(vi) Sidang 6: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Supranasional dan Diaspora Bahasa Melayu, pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi, 23 Mei 2022 (Isnin). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (Malaysia)
  • Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh (Malaysia)
  • Prof. Dr. Ismet Fanany (Australia)
  • Prof. Ampuan Dr. Hj Brahim Ampuan Hj Tengah (Brunei Darussalam)   
  • Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Shah Bali Mahomed (Universiti Putra Malaysia – Moderator)

(vii) Sidang 7: Bahasa Melayu di Forum Antarabangsa, pada pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, 23 Mei 2022 (Isnin). Pembentang yang terlibat:

  • SN Dato’ Dr. Mohd Anwar Ridhwan (Malaysia)
  • Kepten (B) Dato’ Prof. Emeritus Dr. Hashim Yaacob (Malaysia)
  • Prof. Emeritus Dr. Dustin Cowell (Amerika Syarikat)
  • Dr. Suryadi (Belanda)
  • Dr. Mohamad Saleeh Rahamad (Universiti Malaya – Moderator)

(viii) Sidang 8: Bahasa Melayu Tunjang Peradaban Bangsa, pada pukul 11.30 pagi hingga  1.00 tengah hari, 23 Mei 2022 (Isnin). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Tan Sri Dr. Abdul Latif Bakar (Malaysia)
  • SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh (Malaysia)
  • Prof. Dr. Su Yingying (Suria) (China)
  • Dr. Faridah Yaakob (Kampuchea)
  • Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor (Universiti Teknologi MARA – Moderator)

(ix) Sidang 9: Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara, pada pukul 2.00 petang hingga  3.30 petang, 23 Mei 2022 (Isnin). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican (Malaysia)
  • Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (Malaysia)
  • Datuk Dr. Alauddin Sidal (Malaysia)
  • Prof. Madya Dr. Ibrahem Narongraksakhet (Thailand)
  • Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (Universiti Malaya – Moderator)

(x) Sidang 10: Pengembangan Bahasa Melayu melalui Sains, Teknologi, Multimedia dan Komunikasi, pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang, 23 Mei 2022 (Isnin). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail (Malaysia)
  • Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud (Malaysia)
  • Prof. Datuk Dr. Jayum Jawan (Malaysia)
  • Prof. Dr. Habib Zabaliyez (Azerbaijan)
  • Prof. Madya Dr. Mohd Mizan Aslam (Universiti Malaysia Perlis – Moderator)

(xi) Sidang 11: Bahasa Melayu dan Pengurusan pada pukul 5.00 petang hingga  6.30 petang, 23 Mei 2022 (Isnin). Pembentang yang terlibat:

  • Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang (Malaysia)
  • Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (Malaysia)
  • Dr. Victor Pogadaev (Russia)
  • Dr. Yanhar Jamaluddin, M.A.P (Indonesia)
  • Prof. Dr. Ahmad El-Muhammady (Moderator)

(xii) Sidang 12: Pengajian Melayu Antarabangsa, pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi, 24 Mei 2022 (Selasa). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Hashim Musa (Malaysia)
  • Ts. Dr. Ramzah Dambul (Malaysia)
  • Prof. Dr. Arndt Graf (Jerman)
  • Dr. Azhar Ibrahim (Singapura)
  • Prof. Madya Dr. Najahudin Lateh (Universiti Tekologi MARA – Moderator)

(xiii) Sidang 13: Peranan Institusi Pengajian Tinggi dalam Peningkatan Bahasa Melayu, pada pukul10.00 pagi hingga 11.30 pagi, 24 Mei 2022 (Selasa). Pembentang yang terlibat:

  • Prof.  Emeritus Dato Seri Dr. M. Mustafa Ishak (Malaysia)
  • Prof. Dato’ Dr. Mohd Jamil Maah (Malaysia)
  • En. Sakri Abdullah (Malaysia)
  • Puan Munisa Mukhtarova (Uzbekistan)
  • Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Mat Yazid (Universiti Malaysia Sabah – Moderator)

(xiv) Sidang 14: Bahasa Melayu Pelestarian Kearifan Setempat, pada pukul 11.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, 24 Mei 2022 (Selasa). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Dr. Sarjit Singh Darshan Singh (Malaysia)
  • Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw (Malaysia)
  • Prof. Dr. Shamsudin L. Taya (Filipina)
  • Prof. Madya Dr. Rebecca Fanany (Australia)
  • Dr. Muhammad Asri Mohd Ali (Universiti Malaya – Moderator)

(xv) Sidang 15: Gagasan Bahasa Melayu: Dari Negara ke Serantau dan Antarabangsa, pada pukul 2.00 petang  hingga 3.30 petang, 24 Mei 2022 (Selasa). Pembentang yang terlibat:

  • Prof. Emeritus Dato’ Dr. Isahak Haron (Malaysia)
  • Prof. Dr. Asyraf Hj. Ab. Rahman (Malaysia)
  • Prof. Dr. Zakaria Ali (Malaysia)
  • Dato’ Seri Sidek Saniff (Singapura)
  • Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud (Universiti Putra Malaysia – Moderator)

(4) Forum: Memartabatkan Bahasa Melayu di Rantau ASEAN, pada pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam, 22 Mei 2022 (Ahad). Ahli panel yang terlibat:

Forum Dunia Melayu Dunia Islam membariskan ahli panel tersohor dari pelbagai negara.
  • Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran (Malaysia)
  • Prof. Dr. Hussin Mutalib (Singapura)
  • Prof. Dr. Muslimin Machmud, MSi. (Indonesia)
  • Datuk Oknha Othsman Hassan (Kampuchea)
  • Prof. Madya Dr. H. Abdul Malik, M.Pd. (Indonesia)
  • Dr. Ku Majdi Yamirudeng (Thailand)
  • Prof. Tan Sri Dr. Abdul Latif Bakar – Moderator

(5) Forum: Bahasa Melayu Menuju Globalisasi, pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang, 24 Mei 2022 (Selasa). Ahli panel yang terlibat:

  • Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong (Malaysia)
  • Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah (Malaysia)
  • Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose (Malaysia)
  • Prof. Dr. Laurent Metzger (Perancis)
  • Prof. Dr. James T. Collins (Amerika Syarikat)
  • Prof. Madya Dr. H. Abdul Malik, M.Pd. (Indonesia)
  • Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran (DBP)- Moderator

(6) Mesyuarat Meja Bulat Wakil-wakil ASEAN untuk Program Pengembangan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi Negara ASEAN, pada pukul 8.00 malam hingga   10.30 malam, 23 Mei 2022 (Isnin).

(7) Perasmian Penutupan oleh Ketua Setiausaha Negara, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, pada pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang, 24 Mei 2022 (Selasa).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.