13 Jun 2022, 17:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis meraikan para pemenang Piala Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis 2022.

Kangar – Sebanyak 110 orang peserta menyertai pertandingan golf Piala Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis 2022 yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Negeri Perlis di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat pada 11 dan 12 Jun 2022.

Johan bagi Kategori Medal A dalam pertandingan ini ialah Khairyzameel Ahmad, berjaya mengumpul sejumlah 40 mata, diikuti dengan naib johan, Mohd. Shahril Musa dengan 39 mata.

Sementara itu, dalam Kategori Medal B, Azwan Nayan muncul sebagai juara dengan jumlah skor 37 mata, manakala Mohd. Zulhelme Mohd. Noor pula dengan skor 37 mata keluar sebagai naib juara.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, merangkap Tuanku Presiden KGP berkenan berangkat untuk menganugerahkan hadiah utama kepada pemenang semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah JKR Negeri, Ir. Mohd. Shahril Mohd. Said dan ketua-ketua bahagian dalam jabatan berkenaan.

Menurut Mohd. Shahril, pertandingan ini melibatkan pemain tempatan dan jemputan dari luar Perlis berikutan dengan hasrat untuk memajukan lagi sektor sukan dan pelancongan negeri Perlis.

Pada masa yang sama, usaha ini dilaksanakan demi membantu dalam menjana ekonomi negeri khususnya rakyat negeri Perlis dalam bidang penjualan makanan, pembuatan serta rumah inap, tambah beliau lagi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.