24 Jun 2022, 16:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – PLUS dijangka akan menutup lorong kecemasan dan lorong kiri jalan laluan Tapah – Bidor arah selatan di KM338.20 hingga KM339.25 pada 27 Jun hingga 1 Julai 2022, bagi menjalankan kerja penyelenggaraan.

Sehubungan dengan itu, pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut diminta untuk merancang perjalanan dengan lebih awal agar kesesakan trafik dapat dikawal berikutan penutupan dua lorong tersebut.

PLUS menyatakan komited demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya. Oleh itu, pelbagai usaha dan inisiatif sentiasa dilaksanakan bagi meningkatkan kedua-dua aspek tersebut.

Menurut PLUS, penggunaan lorong kecemasan secara berkala bakal diaktifkan bergantung kepada keperluan semasa untuk memastikan trafik lancar di laluan terbabit, manakala lorong kanan pada kilometer yang sama arah selatan masih boleh digunakan oleh semua kenderaan.

Pengguna lebuh raya PLUS boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menggunakan aplikasi PLUS atau hubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000. Pengguna juga boleh menghubungi talian yang sama sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.